I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

About Me

My photo
pAraDe bUrN ThArr, PAy RaWk, Malaysia
NynA zaKi- SweeT 2o (peraSan Sweet ! haha- gRaduAte for EngiNEeriNg N ManufActurIng oF KKtM KuAntAn ! lURVe tO WriTE = DAt Why i'Ve A bLog ! HAha ! lEt's EnjOy oF mA StoRy2 mOrrY ~

Wednesday, 11 April 2012

Saat ini aku hanya mampu berpuisi.Tiada apa yang mahu dikongsi selain luahan hati.Perkongsian memerlukan masa untuk ku bermunajat dan bermuhasabah tentang diri.Terimalah bicara hati ku bahawa diam itu lebih baik.

Diamku memberi seribu erti
 
Aku memberi pandangan sepi
 
Pabila orang melihat ku menyendiri
Aku hanya tersenyum diam tunduk mengerti

Saat ku duduk bersendiri
Ku termenung mencari mutiara untuk waktu diisi
Ku mencari waktu untuk muhasabah diri
Juga ku mencari hikmah sebalik peristiwa terjadi

Pabila orang bercerita tentang diri
Diriku dikata pendiam menyepi
Hati kecilku tertawa terdengar tentang diri
 
Kenangan hanya menjadi mimpi ilusi

Tentang diri ku itu masih tidak ku nafi
Aku hanya menerima seikhlas hati
Sudah diriku ditarbiyah sebegini
Berbicara hemat dalam setiap kondisi

Aku teringat serangkai hadith kekasih Ilahi
”Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir
Hendaklah dia berkata baik atau diam,..”
Itulah hadith ku amali dan ku pegangi
Juga dijadikan nas untuk ku bahas tentang diri
Dikata pendiam tiada erti
Menjadi perbualan setiap peribadi

Berkata nista tidak sekali
Bermadah pujangga manisan hati
Hidup berbudi indah sekali

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..:)
siLa tinggalkan CommEnt anda Di siNi yer..
Satu poWn boLEyh ! hehe